Monday 8th of July 2024
×

Novel Aku Bukan Ustazah PDF Lengkap Dengan Link Baca dan Sinopsisnya, Diadaptasi Jadi Drama Malaysia

Novel Aku Bukan Ustazah PDF Lengkap Dengan Link Baca dan Sinopsisnya, Diadaptasi Jadi Drama Malaysia

--

Sinopsis Novel Aku Bukan Ustazah PDF

Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh.

Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?


Baca juga: Balinsasayaw (2024) Subtitle Indonesia Full Movie, Saat 1 Cowok Bermain Belakang dengan 2 Cewek Berbeda Awas 18+!

Baca juga: Nonton Film Kulong (2024) Sub Indo Full Movie HD 18+, Perjalanan 3 Sahabat yang Mencari Jati Diri

“I cuma rasa Omar je yang boleh bimbing you. Takkan syaitan nak membimbing orang masuk ke syurga?”- Adam

“You bukan Tuhan pun nak tentukan lelaki mana yang sesuai untuk I. Dan you tak akan tahu siapa yang lebih sesuai dengan I.”- Aminah

Aminah mula dilabel sebagai penunggang agama ketika niatnya ingin membawa sahabat baiknya mengenal Tuhan disalahertikan.

“You ustazah hipokrit! You sembunyikan semua kejahatan you di dalam pakaian ustazah!”

Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Di saat Allah memberi hidayah, Allah tetap menguji kekuatan setiap hambanya untuk terus menggenggam atau melepaskannya. Dapatkah Aminah bertahan? Mampukah Aminah menarik rakan-rakannya keluar dari lembah hina?

Sumber:

UPDATE TERBARU